
Maksud hadith:"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."
pernah tak antara kita yang pernah terbaca @ terdengar tentang Hadith Rasulullah yang penuh makna tersirat ini? jom kita sama2 merungkai apakah yang ingin Rasulullah S.A.W ingin sampaikan...ape sifat logam???
a) keras
b) mudah lentur (jika dipanaskan)
c) bernilai
d)boleh buat kereta???????
Subhanallah..jika difikirkan dan di renungkan kembali, amat besar apa yang ingin Nabi kita sampaikan sebenarnya...cuba tengok para sahabat; Saidina Umar R.a aka Al Faroq...seorang yang betul2 dapat membezakan antara benda Haq dan Batil...Gelaran ini diberikan oleh Nabi kita sendiri...Ayuh kita singkap kembali kisah Umar yang ketika mana beliau masih lagi Jahiliyah...kalau kita boleh kategorikan, beliau nui merupakan seorang yang tersangat bengis, sekali dia tengking...perh...seorang yang tegas...apa makna tegas sebenarnya??
kalau kita boleh kaitkan tegas, kebanyakannya berkaitan dengan keputusan...pendirian seseorang....
cubalah tengok saidina Umar yang Tegas dengan keputusannya bahawa tuhan beliau sebelum memeluk Islam adalah Latta dan Uzza...sehinggakan beliau membawa tuhan beliau bersama setiap kali beliau bermusafir....lalu memakan tuhannya sendiri tatkala kelaparan...lucu bukan??
AKAN TETAPI......
Setegas beliau pun masih lagi dapat menerima ISlam...ini kerana beliau nampak bahawa sesungguhnya Islam itu suatu Agama yang begitu indah...dah tak cukup lagi merasa indahnya ISlam....Beliau pergi didepan Kaabah dan mengumumkan keislamannya....dan menyeru penduduk Mekah untuk turut merasai keindahan Islam...amek kau...tak de sape yang berani nak halang beliau...masing2 terketar2...sebab diorang taw Umar ni bengis, ganas, garang, kuat orangnya...bukan setakat Manusia, syaitan pun takut nak melalui jalan yang selalu dilalui saidina Umar.....
Nah.........ini barulah Logam.....skroll balik mouse korang kepada pengertian logam tadi....haaa nampak tak jawapan (b)??
fiuh....susah betul kan nak faham......tapi aku taw mesti ade yang x paham lagi....
contoh.
perbualan di antara En A dan En B yang berjaya dorekod:
sedikit description...En A memerlukan pertolongan transportation nak angkut anak Usrah g Iftar....En B ni plak ade memiliki sebuah kereta yang di luarnya nmpk cam kereta murah...tapi kat dalamnya, MasyaALLAH....
En A : assalamualaikum der...ko kat mana?
En B : waalaikumussalam....aku kat dalam kelas...kenapa? (suara perlahan)
En A : aku perlukan pertolongan ko sikit ni
En B : jap2..aku keluar jap...haaa ape di der?
En A :aku sebenarnya nak bawak anak usrah aku g iftar kat Putrajaya ni...tp x cukup transport.......
En B ; ala...ape susah2....pakai je la kereta aku.....
En A: eh xpe ke...nanti ko nak pakai ape?? (soalan yang agak berlapik) LOL
En B: yang tu lain cite bhai...ko pakai je dulu...nanti habis kelas aku ni, aku p hantar kreta kat tmpt ko....
perh.....sanggup plak mamat ni bagi pinjam kereta dia kan....sebab ape korang rase??? hmm x laen dan x bukan kerana ALLAH dan Ganjaran Syurga semata2....Hm si B tadi telah menggunakan kelogamannya tadi untuk kebaikan dan mempermudahkan urusan saudaranya....ala...stakat kereta sbijik ape ade hal nak dibandingkan dengan harga syurga?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan ( seharga) surga….”At Taubah : 111
huh....bagaimana pula dengan kisah Saidina Uthman dlm salah satu peperangan umat islam....bukan ke beliau sendiri yang menanggung kos perbelanjaan peperangan tersebut....wooooooo,...korang ingat sikit ke kosnya???? banyak gila kot kos nak g perang neh...unta lagi....kuda....baju perang....pedang....bekalan makanan...perh...banyak kot.....
bagaimana dengan abu bakar???
beliau telah menginfakkan keseluruhan hartanya di ketika mana perang Tabuk...Rasulullah bertanya kepada beliau 'apa yang kamu tinggalkan untuk isterimu dan keluargamu wahai Abu Bakar?' beliau menjawab "aku meninggalkan Allah dan Rasulnya"... Subhanallah....seriously meremang bulu roma aku bila baca part neh.....
ade sape2 yang kenal Musáb Bin Umair?
di ketika masih Jahiliyyah dan belum memeluk islam, beliau ini merupakan seorang pemuda yang cukup terkenal dengan kegantangannya, kekayaannya, kecantikan baju yang dipakinya dan keharuman minyak wanginya...akan tetapi, apabila beliau mula mengenal islam, beliau menyerahkan seluruh hartanya di Jalan Allah....sehinggalah beliau telah dikembalikan ke tempat yang lebih abadi dalam suatu peperangan meneakkan islam....ape yang terjadi???hmm kini hartanya sudah tiada untuknya lagi sehinggakan kain kaffan untuk menutupi jasad beliau pun tidak mencukupi....MasyaAllah...mau menitis air mataku menggambarkan pengorbanan sahabat ini....
di manakah kita???? ternyata ke'logam'an mereka telah terbeli.............
haaaa...dah paham dah???kesimpulannya, gunakan lah ape sahaja pemberian dari Allah yang kita ada....samaada dari segi kelebihan(talent), kewangan, tenaga dan banyak lagi....dalam usaha membangkitkan semula islam....
No comments:
Post a Comment